Senarai Anak Kapal Dan Penumpang Pesawat MH370 Yang Hilang

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Senarai Anak Kapal Dan Penumpang Pesawat MH370 Yang Hilang | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dihormati sekalian. Nampaknya sudah hamir 12 Jam dilaporkan Kapal Terbang Mas Dari KL Ke Beijing Hilang. Walau bagaimanapun, masih belum ada apa-apa berita tentang keadaan terkini pesawat MH370.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata penumpang-penumpang tersebut adalah dari negara-negara yang berikut:

  • China: 152 orang termasuk seorang bayi
  • Malaysia: 38 orang
  • Indonesia: 12 orang
  • Australia: 7 orang
  • Perancis: 3 orang
  • Amerika Syarikat: 3 orang termasuk seorang bayi
  • New Zealand: 2 orang
  • Ukraine: 2 orang
  • Kanada: 2 orang
  • Rusia: 1 orang
  • Itali: 1 orang
  • Taiwan: 1 orang
  • Netherlands: 1 orang
  • Austria: 1 orang

Ahmad Jauhari berkata juruterbang pesawat tersebut adalah Kapten  Zaharie Ahmad Shah, 53, yang mempunyai pengalaman jumlah masa penerbangan sebanyak 18,365 jam.

“Zaharie berkhidmat dengan Malaysia Airlines sejak 1981. First officer pesawat tersebut adalah Fariq Ab.Hamid yang berusia 27 tahun.

“Beliau mempunyai pengalaman jumlah masa penerbangan sebanyak 2,763 jam dan beliau berkhidmat dengan Malaysia Airlines sejak 2007,” katanya semasa suatu sidang media.

Pesawat itu dilaporkan turut membawa 12 anak kapal.

Pesawat yang berlepas pada pukul 12.41 pagi Sabtu itu sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, pesawat Boeing 777-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada pukul 2.40 pagi.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

“Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan,” kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.

Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Berikut pula senarai anak kapal Penerbangan MH370

senarai anak kapal mh370 Senarai Anak Kapal Dan Penumpang Pesawat MH370 Yang Hilang

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Recipe

Senarai Anak Kapal Dan Penumpang Pesawat MH370 Yang Hilang
Dr Fuh

Nota: