Buang Fail Yang Tidak Digunakan Pada Mac Melalui Disk Diag

Terdapat beberapa perisian yang menawarkan kebolehan untuk membuang fail-fail yang tidak digunakan pada komputer Mac anda, dan kini salah satunya adalah perisian yang dinamakan Disk Diag dan ditawarkan secara percuma untuk tempoh yang terhad.

Buang Fail Yang Tidak Digunakan Pada Mac Melalui Disk Diag

Melalui Disk Diag, ia menawarkan beberapa modul berbeza, membolehkan pengguna untuk membuang fail-fail seperti cache, fail berbentuk log dan sebagainya dengan pantas. Pengguna juga turut sama boleh membuang data pelayar web, serta mengosongkan folder Download engan hanya beberapa klik.

Bagi mereka yang menggunakan komputer berasaskan Mac OS X, anda mungkin boleh mencubanya hari ini, dan memuat-turun perisian Disk Diag ini dari Mac AppStore.

Muat-Turun Disk …
Baca juga:  Firefox Nightly Dikemaskini Dengan Sokongan Antaramuka Australis
Nota: