Blender – Perisian Sumber Terbuka Untuk Animasi 3D

Blender merupakan salah sebuah perisian grafik 3D, iaitu perisian yang mengfokuskan penghasilan 3D visual seperti animasi 3D, visual arkitek 3D dan penghasilan kesan khas. Malah Blender juga mampu untuk menghasilkan permainan video.

Apa yang menarik mengenai Blender ialah ianya percuma dan mempunyai satu komuniti yang besar dalam membangunkan perisian. Pelbagai kemaskini diperkenalkan oleh mereka dari masa kesemasa. Kini kualiti Blender boleh dikatakan setanding dengan perisian-perisian 3D yang berbayar. Cuma ianya memerlukan masa untuk pengguna memahami antaramuka dan juga sistem teknikal-nya.

Blender

Blender mula dibangunkan pada tahun 1993 oleh sebuah studio animasi iaitu Neo Geo dengan kerjasama Not a Number Technologies (NaN), mereka telah bersetuju untuk melepaskan Blender dibawah lesen GNU setelah NaN mengalami masalah kewangan.

Setelah itu Blender dibangunkan dengan mendapat sokongan sumbangan dari komuniti, termasuk dari segi kewangan dan juga pengaturcaraan program. Untuk memudahkan pengurusannya, Blender Foundation ditubuhkan dan dipertanggungjawabkan untuk membangunan perisian Blender secara lebih meluas.

Blender Foundation kini telah menghasil banyak filem pendek dengan kualiti yang baik. Perkara ini sekaligus membuktikan kelebihan yang dibawakan oleh perisian sumber-terbuka ini. Hasil kerja produksi yang dibuat dipaparkan secara percuma kepada umum dan setelah itu perjalanan setiap projek mereka diprodukkan untuk jualan yang merangkumi latihan dan juga proses penghasilan filem pendek menggunakan perisian Blender.

Antara filem pendek yang telah dihasilkan menggunakan perisian Blender:

Elephants Dream (2006)

Big Buck Money (2008)

Sintel (2010)

Tears of Steal (2012)

Selain itu, perisian Blender telah mula mendapat perhatian daripada pembangun industri animasi tempatan seperti Animagis Sdn Bhd dan juga Triple Q Sdn Bhd.Antara produk yang dihasilkan oleh pembangun tempatan menggunakan perisian Blender adalah termasuk:

Siri Animasi Zibiru (2012) – Animagis Sdn Bhd

Animasi Si Bongkok Tanjung Puteri (2012) – Animagis Sdn Bhd

Animasi Perak Boy – Triple Q Sdn Bhd

Ianya boleh dikatakan masih lagi dalam peringkat proses produksi dan belum mempunyai tarikh tayangan rasmi buat masa ini. Tetapi mereka telahpun berkongsi trailer dan teaser kepada umum, sekaligus memberikan idea apakah kemampuan yang boleh dibawakan oleh perisian sumber terbuka ini.

Muat-Turun Perisian Blender

Kesimpulannya, perisian Blender kini sesuai digunakan oleh pembangun animasi yang mungkin mahukan penggunaan modal yang rendah tapi mampu menghasilkan animasi yang berkualiti tanpa memikirkan pembaharuan lesen dan kos kemaskini perisian setiap tahun. Malahan perisian Blender mempunyai ramai pengguna yang sedia ada diserata dunia dan gemar berkongsi latihan-latihan dan juga tips penggunaan melalui video ataupun artikel. Terdapat juga beberapa forum dan laman sesawang yang boleh diakses secara percuma bagi tujuan pembelajaran dan perkongsian mengenai perisian grafik 3D Blender. Antara laman rujukan yang popular adalah Blender Cookie dan juga Blender Artist Community.

Menamatkan artikel pengenalan ini, kami ingin berkongsi sebuah video ringkas yang diterbitkan oleh Blender Foundation sendiri, memperlihatkan pelbagai animasi, grafik dan kesan visual yang dibuat menggunakan perisian sumber terbuka percuma ini.

Artikel mengenai Project Blender ini dikarang oleh pengasas Saiko3D. Ikuti Saiko3D melalui halaman Facebook mereka. Penulis turut boleh diikuti melalui Twitter di @saiko3d.

Nota: