BlackBerry Menambah 20 Juta Pengguna Aktif BBM Sejak Minggu Lepas

Seminggu selepas pelancaran secara rasmi, kini pihak BlackBerry berkongsi statistik terkini penggunaan BBM, dan mengatakan sejak ia diperkenalkan untuk platform Android dan iOS minggu lepas, kini pengguna aktif perkhidmatan tersebut bertambah sebanyak 20 juta pengguna.

Mungkinkah BBM akan menjadi fenomena ramai selepas ini?Perkara ini sekaligus menjadikan BlackBerry Messeger (BBM) mempunyai lebih daripada 80 juta pengguna aktif setiap bulan yang menggunakannya bukan sahaja pada Blackberry, tetapi juga pada Android dan juga iOS.

Pada minggu lepas, pihak BlackBerry telah memperkenalkan aplikasi BBM untuk iPhone dan Android secara rasminya, sebelum membuka penggunaan aplikasi tersebut kepada umum pada penghujung minggu lepas.

Pihak BlackBerry dijangka akan menawarkan lebih banyak fungsi-fungsi menarik kepada pengguna Android dan juga iOS dalam masa beberapa bulan lagi.

Nota: