Twitter Menambah Sokongan Menghantar Gambar Pada DM

Twitter hari ini mengumumkan beberapa sokongan baru pada perkhidmatan sosial mereka, dan salah satunya yang agak menarik adalah sokongan untuk menghantar gambar melalui “Direct Message” kepada rakan-rakan Twitter.

Twitter DM Gambar

Pengenalan fungsi ini juga memperlihatkan ramai membuat spekulasi mengenai perkhidmatan permesejan yang mungkin akan hadir daripada Twitter.

Selain sokongan gambar pada DM, pihak Twitter juga turut mengemaskini aplikasi Android dan juga iPhone dengan sokongan untuk swipe ke kiri dan ke kanan untuk tujuan navigasi yang lebih pantas daripada Timeline ke bahagian Activity dan lain-lain.

Bagi mereka yang menggunakan Twitter, anda boleh memuat-turun aplikasi Twitter untuk Android dan iPhone, serta mula menggunakan fungsi-fungsi baru yang disertakan bersama-sama dengannya.

Nota: