dherba

Bagaimana untuk kaya mengikut resipi jutawan komputer Micheal Dell

Jutawan perkakasan komputer, Michael Dell, mempunyai resipi tersendiri untuk diadun bagi menghasilkan kejayaan dan kekayaan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dell Computers ini mencipta rekod cemerlang apabila berjaya meraih RM1 juta pertama ketika berusia 19 tahun.

Ketika berusia 24 tahun, perolehan syarikatnya ialah RM903 juta. Beliau kini berusia 47 tahun.

Ketika artikel ini ditulis, kekayaannya dianggarkan bernilai RM47.2 bilion.

Apa yang boleh dipelajari daripada lelaki ini?

Satu daripada tip menarik yang pernah diucapkan lelaki ini, terutama untuk dimanfaatkan golongan usahawan atau mereka yang berminat menjadi usahawan, ialah:

“Anda mesti ghairah (gila) untuk mendapatkannya (demi sesuatu kejayaan atau kekayaan).

“Saya berpendapat, mereka yang hanya memburu idea hebat semata-mata, tidak akan mampu membuat duit (keuntungan) dengan jayanya berbanding mereka yang melakukan apa yang mereka minat dan berusaha secara penuh minat dan ghairah”.

Jika anda seorang usahawan atau individu bercita-cita tinggi mahu meraih kejayaan dan kekayaan, resipi jutawan komputer ini patut menjadi inspirasi. – inimajalah.com

Baca juga:  Bagaimana menjadi kaya: Inspirasi pengasas bersama Facebook