Bagaimana mengatasi malas dan mengelak menangguhkan kerja

Bagaimana mengatasi malas dan mengelak menangguhkan kerja

Tidak kira siapa atau apa kerjaya anda, rasa malas dan suka menangguhkan kerja adalah tabiat yang akan merosakkan peluang untuk meraih lebih banyak kejayaan.

Bukan itu sahaja, ia akan memberi masalah kepada anda sendiri dan keluarga.

Tulisan ini akan memberi panduan ringkas bagaimana untuk mengatasi rasa malas dan tabiat suka menangguhkan kerja.

 

Sebenarnya ada beberapa kaedah psikologi mudah tetapi berkesan untuk mengatasi rasa malas.

1. Satu daripada caranya ialah dengan tidak mempedulikan soal masa siap sesuatu kerja atau tugas, sebaliknya mulakan sekarang.

2. Kadang-kadang, satu daripada punca seseorang menangguhkan kerja ialah kerana tugas yang patut dilakukannya dilihat terlalu banyak; dia bimbang akan mengambil masa lama dan banyak tenaga mesti digunakan.

3. Tindakan manusia banyak ditentukan oleh perjalanan fikiran dan tanggapan minda. Akibatnya, dengan tanggapan seperti di atas, seseorang cenderung untuk menangguhkan sesuatu tugas.

4. Jadi, jangan pedulikan perkara ini! Sebaliknya, gerakkan minda anda untuk memulakan tugas berkenaan sekarang.

5. Beri tumpuan kepada usaha memulakan tugas atau kerja berkenaan sekarang; bukan kepada soal bila ia akan siap.

Dengan cara ini, anda akan dapat lihat kesannya bagaimana rasa malas dan tabiat suka menangguhkan kerja atau tugas dapat diatasi. – inimajalah.com

Enhanced by Zemanta
Nota: