Bagaimana bangkit dari kegagalan cara Steve Jobs

Tidak ramai tahu bagaimana untuk bangkit semula dari kegagalan. Hanya segelintir yang tabah dan tidak mengalah akan bangkit semula membina kekuatan – kejayaan dan kekayaan – dalam bidang keusahawanan.

Tulisan ini akan memetik sebahagian kisah seorang legenda teknologi yang juga seorang usahawan mengenai bagaimana beliau bangkit dari kegagalan.

Beliau yang dimaksudkan ialah Pengasas Apple Inc (Apple), Steve Jobs. Jobs yang meninggal dunia pada Mei 2012 dalam usia 56 tahun, dijulang bukan sahaja sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) yang berjaya, malah pencipta yang sarat dengan inovasi. Namanya melonjak sejak beliau memperkenalkan telefon mudah alih pintar, iPhone dan komputer tablet, iPad.

Namun Jobs tidak terus berjaya. Beliau adalah usahawan yang pernah jatuh dan bergelumang dengan kegetiran. Beliau menjadi cemerlang kerana mampu bangkit semula ketika sebahagian usahawan lain memlih untuk mengalah dan ‘tutup kedai’.

Bagaimana Jobs bangkit semula?

steve jobs. gagal

Untuk mendalaminya, kita patut tahu lebih terperinci bagaimana beliau jatuh atau gagal. Sebenarnya, lelaki yang meninggal dunia kerana kanser pankreas ini sudah menempa kegagalan seawal usia remaja apabila beliau ditendang keluar dari pengajiannya di Homestead High School, Cupertino, California pada 1972. Beliau kemudian masuk ke Reed College di Portland, tetapi juga mengalami nasib sama seawal semester pertama.

Anda pernah mengalami nasib seburuk ini? Mungkin anda lebih bernasib baik, malah menamatkan pengajian sehingga menara gading. Namun, mengapa anda masih di takup sekarang dan tidak cemerlang seperti Jobs yang tidak tamat pengajian formal pun?

Mari kita selami rahsia ini!

Jobs mengorak langkah dengan menubuhkan Apple pada 1976  bersama Steve Wozniak, Mike Markkula dan beberapa yang lain. Pada tahun sama, syarikat itu mula menjual komputer dinamakan Apple I.

Apple mencipta beberapa kecemerlangan menerusi produknya, termasuk Macintosh, walaupun terpaksa berdepan saingan sengit dari komputer IBM. Ketika itu, produk Apple dilihat tidak mesra pengguna dan terpaksa dijual pada harga mahal.

Pada 1985, Jobs terpaksa mengundurkan diri dari Apple dan membina syarikat lain, iaitu Next Computer yang kemudiannya menjadi Next Software.

Kemudian beliau membeli dan membina beberapa syarikat  lain, termask Pixar yang menghasilkan filem ‘Toy Story’. Ketika filem itu diterbitkan, Jobs adalah CEOnya.

Semua kerja keusahawanan yang diharungi Jobs tidak berlaku dengan mudah dan ringan. Beliau terpaks membina reputasi dan kecemerlangan bukan sahaja dirinya sebagai peneraju perniagaan, malah di celah-celahnya ialah kegetiran dan persingan yang bukan alang kepalang.

Pada 1996, Jobs kembali semula ke Apple untuk menyelamatkan syarikat itu yang sedang tenat. Sejak itulah, syarikat berkenaan terus mengorak langkah mencipta kelainan. Namun, ia tidak berlaku dengan mudah. Produk Apple masih tidak diterima dengan banyak di serata dunia, kecuali oleh mereka yang terbabit dalam industri grafik dan percetakan serta animasi.

Namun, di dalam kepala Jobs ada ‘mutiara’.  Beliau mampu melihat keperluan dan kehendak sebenar pengguna di serata dunia. Kemuncaknya ialah apabila lelaki ini menggerakkan Apple memperkenalkan telefon pintar iPhone, kemudiannya iPad sehingga menyebabkan seluruh dunia ‘tercengang’ dan ‘tergilakan’ produknya. Dari kepalanya yang separuh botak itulah lahir produk berteknologi dan berinovasi tinggi.

Dengan lonjakan jualan produk terbarunya itu, Apple muncul sebagai syarikat kedua selepas Exxon Mobil mempunyai nilai saham tertinggi di Bursa Saham New York. Apple pernah bernilai RM 1,031.22 ($336.12) sesaham.

Namun lelaki ini dilaporkan masih menerima gaji tahunan hanya RM3.07 (US$1) . Jobs sebenarnya memiliki RM16.9 juta (US$5.5 juta) saham dalam Apple yang diasaskannya pada 1976. Beliau juga menerima beberapa “hadiah eksekutif” lumayan, termasuk sebuah jet yang berharga RM141.128 juta (US$46 juta) pada 1999.

Pada keadaan tertentu, lelaki ini dilaporkan terlalu bercita-cita tinggi sehingga kadang-kadang tidak realistik dan boleh merugikan orang lain.

Inilah seperti yang pernah dicatatkan jootawan.com:

“Akibatnya, dia (Jobs) menjadi pengurus yang susah untuk dipuaskan dan kerap kali mencipta produk yang tidak praktikal (ketika peringkat awal Apple mendaki kejayaan)”.

Ternyata, Jobs adalah lelaki sejati yang bukan sahaja inovatif, malah sentiasa berhempas pulas untuk merealiasikan impian dan kreativitinya tanpa memilih menyerah kalah atau ‘tutup kedai’!

Jadi, tidak ada rahsia besar sebenarnya mengenai bagaimana Jobs bangkit semula. Rahsianya ialah anda mesti berhempas pulas mendepani cabaran getir dan sentiasa berfikir inovatif. Itu sahaja!

Jobs hanya kalah dan tidak mampu bertahan lebih lama apabila disahkan menghidap kanser dan meninggal dunia. Kematiannya diratapi industri teknologi dan mereka yang cintakan inovasi di seantero dunia. – inimajalah.com

Nota: