Lebih 350,000 buku teks digital dimuat turun dari Apple iBooks 2

Kemampuan Apple Inc. semakin menyerlah dari semasa ke semasa. Pada minggu lalu,  Apple memperkenalkan iBooks 2 yang memfokuskan kepada buku teks digital dengan kebolehan menambah nota tambahan pada buku digital selain menandakan teks dan sebagainya.

Menurut statistik awal, lebih 350,000 buku teks digital sudah dimuat turun menerusi iBooks dalam tempoh tiga hari sejak dilancarkan.

buku, digital, apple

Selain iBooks 2, Apple turut memperkenalkan perisian untuk membangunkan buku digital oleh para pengguna dengan mudah menerusi iBooks Author.

Perisian itu yang memfokuskan pengguna OSX, dikatakan telah dimuat turun lebih 90,000 kali dalam tempoh sama.

Dengan perkembangan ini, kita dapat melihat perkembangan sihat dunia buku teks digital dalam beberapa bulan akan datang. – inimajalah.com

Nota: