Taiping: “Saya trauma kerana ketika turun dari kereta api, saya tergelincir dan terjatuh hingga punggung terhentak pada tangga tren, tetapi bernasib baik kerana ada orang sempat memegang saya,” kata penumpang wanita menceritakan detik cemas kepala kereta api Ekspres Rakyat 2 dari Johor Bahru, Johor ke Butterworth, Pulau Pinang terbakar di laluan Kilometer 75.5, berhampiran kawasan Pondok Tanjung, di sini, malam kelmarin.
© New Straits Times Press (M) Bhd