Bersempena dengan Tahun Baru Cina, ia dilihat pihak Google menyediakan sebuah halaman khas – dimana melaluinya Google mengumpulkan beberapa kandungan berkaitan tips bersempena sambutan tersebut.
Intel pada 2010 yang lepas telah memperkenalkan kedai aplikasi memfokuskan kepada pengguna Windows, dinamakan sebagai AppUp. Ia boleh dikatakan kurang mendapat perhatian pengguna sehingga kini, dan ia dilihat pihak intel bakal menamatkan perkhidmatan tersebut pada 11 Mac 2014 ini.
1. baru atau sedang berlaku; semasa; memperlihatkan atau menampakkan pembaruan (bkn stail, fesyen dll); moden; terbaru. 2. mengubah suai kandungan fail induk (komputer) dgn memasukkan maklumat terkini. pengemaskinian perbuatan atau hal mengemaskinikan….
2. Kod atau atur cara kecil yang dimasukkan ke dalam perisian sedia ada untuk membetulkan pepijat atau mengubahsuai fungsi perisian tanpa menyusun semula perisian asal. ENG: Patch
1. Pergerakan data dalam saluran penghantaran yang biasanya dikira untuk sekali pengendalian membaca atau menulis. 2. Kumpulan data yang mengalir berterusan dari satu punca ke punca yang lain. ENG: Stream
Untuk pengguna HTC One, HTC One Mini dan juga HTC One Max, pihak HTC dilihat kini dalam persiapan akhir sebelum memperkenalkan kemaskini Android 4.4 KitKat untuk peranti mereka tidak lama lagi.
Asus sentiasa hadir dengan peranti dengan rekabentuk yang berbeza dan menarik. Kini, dengan arena jam tangan pintar yang diceburi ramai pengeluar, Asus tidak ingin ketinggalan dan dikatakan akan memperkenalkan jam tangan pintar mereka pada tahun ini.
Dengan Lenovo yang akan mengambil-alih Motorola Mobility, semestinya ramai yang ingin ketahui mengenai Project Ara. Google mengatakan transaksi ini tidak menyertakan pasukan Advanced Technology & Projects, termasuk Project Ara yang telah diumumkan sebelum ini.
Selang lebih kurang tiga puluh minit sejak laporan awal berkenaan dengannya kedengaran, kini dilihat pihak Google telah pun mengesahkan perkara tersebut, mengatakan Lenovo akan mengambil-alih Motorola Mobility pada harga $2.91 bilion.