Apple iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus Mula Dijual Di Malaysia

Apple sebelum ini telah mengumumkan melalui web rasmi mereka dan juga melalui syarikat telekomunikasi tempatan yang mana mereka akan mula menjual iPhone 7 dan iPhone 7 Plus di Malaysia bermula 14 Oktober 2016 ini. Dan hari ini, selari dengan tradisi tahunan, pelbagai syarikat telekomunikasi dan kedai jualan telah menawarkannya bermula daripada 12 tengah malam.

Maxis pada tahun ini, seperti biasa membuat penghantaran kepada para pembeli. Menurut Maxis, sebanyak lebih kurang 400 unit iPhone 7 dihantar kepada pembeli seluruh negara.

Digi pula mengadakan acara khusus pelancaran di ibu pejabat mereka, dan mempunyai sejumlah pengguna dan peminat yang beratur untuk mendapatkannya. Celcom pula akan mengadakan sebuah acara khas pada pagi ini, dan memulakan jualan bermula 10 pagi.

Dapatkan iPhone 7 dan pelbagai iPhone model lain di sini.

Selain daripada ketiga-tiganya, beberapa pengedar rasmi Apple turut telah mula menawarkan produk mereka. GemFive, salah satu laman jualan tempatan turut telah menjualnya, dan membuat penghantaran kepada beberapa pembeli bertuah pada tengah malam ini.

iPhone 7 Malaysia

iPhone 7 Malaysia

Di Malaysia, Apple iPhone 7 ini dijual pada harga bermula RM3199, sementara iPhone 7 Plus pula bermula RM3799. Seperti biasa, pelbagai syarikat telekomunikasi turut menyediakan pakej khusus untuk para pelanggan mereka.

Dapatkan iPhone 7 dan pelbagai iPhone model lain di sini.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Baca juga:  Lebih 4 Juta iPhone 6 dan iPhone 6 Plus Terjual Dalam Tempoh 24 Jam
Nota: