Apple Dilaporkan Pernah Berbincang Dengan Pengeluar Kereta Elektrik – Tesla

Apple sedia telah bekerjasama dengan beberapa pengeluar kereta untuk menggunakan dan mengintegrasikan sokongan iOS pada kereta keluaran beberapa syarikat. Menariknya, mengikut laporan terbaru, ia dikatakan pasukan Apple yang menguruskan pengambil-alihan syarikat dan kerjasama pernah berjumpa dengan pihak Tesla pada tahun lepas.

Tesla merupakan syarikat pengeluar kereta elektrik, dan telah pun mempunyai beberapa produk mereka. Selain daripada kereta, mereka juga turut memasarkan komponen seperti bateri dan lain-lain.

Ia tidak diketahui sama ada pihak Apple bertemu hanya untuk kerjasama integrasi iOS sahaja, ataupun sebaliknya. Beberapa spekulasi mengatakan Apple mungkin pernah cuba mengambil-alih syarikat berkenaan. Seperti biasa, kedua-dua syarikat tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan dengan perkara ini.

Menurut 9To5Mac, pihak Apple mungkin berjumpa dengan Tesla Motors ini dan berminat dengan teknologi bateri mereka. Pada hari ini, kebanyakkan produk mempunyai masa bertahan bateri yang amat lemah, dan mungkin ada benarnya sekiranya pihak Apple berminat dengan teknologi dan kapasiti pengeluaran Tesla.

Selain daripada pertemuaan dengan Tesla, ia turut dikatakan Apple turut sedang memfokuskan kepada pembangunan peranti memfokuskan kesihatan yang mana mungkin boleh membuat jangkaan dan ramalan untuk serangan jantung berdasarkan kepada bunyi pengedaran darah.

Ia dikatakan usaha untuk produk ini sedang diketuai oleh Tomlinson Holman yang pernah menyertai Apple pada tahun 2011 yang lepas.

Nota: