Aplikasi Yahoo News Digest Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Seluruh Dunia

Yahoo! sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi Yahoo! News Digest mereka kepada pengguna iOS, tetapi hanya eksklusif ntuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja ketika itu. Hari ini, ia berubah, apabila pihak Yahoo! memperkenalkannya kepada semua pengguna seluruh dunia.

Yahoo! News Digest adalah salah satu aplikasi yang menawarkan pelbagai berita yang telah disusun dengan menarik bagi sesuatu hari. Ia menyediaka ringkasan harian dua kali sehari dalam menawarkan pelbagai berita menarik untuk pengguna bagi sesuatu hari.

Yahoo! News Digest

Bersama-sama dengan pengenalan versi antarabangsa, pihak Yahoo! juga turut memperkenalkan aplikasi versi Android untuk Yahoo! News Digest ini.

Bagi pengguna iOS dan Android yang berminat, boleh memuat-turunnya dan mengikuti pelbagai ringkasan berita harian menggunakan aplikasi berkenaan.

Nota: