Jom Burger Untuk Android Memudahkan Pencarian Lokasi Kedai Menjual Burger Berdekatan

Bagi mereka yang gemar makan burger atau ingin mencari lokasi kedai menjual burger berdekatan dengan anda, salah satu aplikasi menarik yang dibangunkan oleh pembangun tempatan adalah Jom Burger.

Jom Burger

Jom Burger menggunakan data daripada FourSquare, dan membolehkan pengguna melihat kedai-kedai burger dalam lingkungan sekitar 1000 meter daripada lokasi anda.

Jom Burger hanya khusus untuk Android sahaja buat masa ini, dan turut menyertakan sokongan untuk menggunakan navigasi (sama ada melalui Google Maps atau Waze) terus daripada aplikasi berkenaan ke lokasi kedai burger berdekatan.

Untuk mereka yang menggunakan Android, boleh memuat-turun aplikasi percuma ini (dilengkapi iklan) dari Google Play Store hari ini.

Nota: