Pembangun CyanogenMod sebelum ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi khas untuk pengguna beberapa peranti Android dalam memudahkan pemasangan CyanogenMod. Kini, nampaknya aplikasi yang diterbitkan pada Play Store tersebut terpaksa ditarik keluar oleh pembangunnya.
Perkara ini adalah kerana ia melanggar terma dan syarat Google untuk Play Store berkenaan.
Daripada apa yang dilaporkan, Google mengatakan aplikasi berkenaan tidak berbahaya, tetapi membuatkan pengguna kehilangan jaminan untuk peranti mereka, dan beberapa perkara lain berkait dengannya.
Walaubagaimanapun, pengguna yang masih ingin memasang CyanogenMod melalui cara aplikasi berkenaan, mereka boleh memuat-turunnya daripada halaman rasmi CyanogenMod dan memasangnya pada peranti mereka secara manual sebelum ke langkah yang seterusnya.