Instagram Ingin Memudahkan Pengguna Membuat Video Selang-Masa Dengan Aplikasi Hyperlapse

HyperlapseInstagram sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi baru dinamakan Bolt, dan kini mereka turut dilihat akan memperkenalkan satu lagi aplikasi baru yang dinamakan sebagai Hyperlapse.

Aplikasi Hyperlapse ini dilihat ingin memudahkan pengguna membuat video mengikut selang-masa yang ditetapkan dengan mudah. Menggunakannya pengguna boleh memilih video yang dirakamkan mereka, kemudian mengawal kelajuan video berkenaan.

Daripada demo yang diperlihatkan, hasil akhir video yang dihasilkan menggunakannya tampak kemas dan lancar – dihasilkan menggunakan algoritma tersendiri daripada Instagram. Pengguna turut boleh mengawal kelajuan video berkenaan sehingga ke 12x dalam menjadikan sesuatu video lebih menarik untuk ditonton.

Sebaik sahaja selesai menyunting, pengguna boleh memilih untuk berkongsi video berkenaan di Facebook atau di Instagram.

Daripada video yang diperlihatkan, kami berpendapat yang mana aplikasi Hyperlapse ini mungkin akan mempunyai peminatnya tersendiri dan mungkin akan digunakan lebih ramai jikalau dibandingkan dengan aplikasi Bolt sebelum ini.

Aplikasi ini hanya ditawarkan untuk pengguna iOS sahaja buat masa ini, dan mungkin akan diperluaskan ke platform lain tidak lama lagi.

Nota: