Aplikasi Nokia Camera Beta Hadir Menyokong Lebih Banyak Peranti Lumia

Nokia dengan fokus pengimejan mereka, hari ini memperkenalkan aplikasi versi beta untuk Nokia Camera yang mana menyokong kesemua peranti Lumia yang menjalankan Windows Phone 8.

Sebelum ini, aplikasi sama telah diperkenalkan kepada umum, tetapi hanya terhad untuk peranti Lumia PureView sahaja. Melaluinya, ia membawakan gabungan aplikasi Nokia Pro Cam dan juga Nokia Smart Cam dalam satu aplikasi.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat percubaan beta, dan boleh digunakan pada semua peranti yang menjalankan Lumia Amber.

Sekiranya anda menggunakan peranti Nokia Lumia, dan telah mengemaskini sistem operasi anda kepada Lumia Amber, mungkin boleh memuat-turun aplikasi Nokia Camera Beta dan mencubanya hari ini.

Nota: