Aplikasi iOS Untuk Perkhidmatan Storan Awan “MEGA” Diperkenalkan

MEGA merupakan salah satu perkhidmatan storan awan daripada Kim Dotcom yang popular dengan MegaUpload sebelum ini. Perkhidmatan awan terbaru yang menawarkan ruangan percuma 50GB ini dilihat berkembang sedikit demi sedikit dari hari ke hari.

Terkini, hari ini pembangunnya telah menambah aplikasi iOS untuk perkhidmatan mereka, memudahkan pengguna MEGA untuk mengakses perkhidmatan tersebut melalui iPhone, iPad ataupun iPod Touch.

mega-ios

Aplikasi percuma ini membawakan fungsi lebih kurang sama dengan aplikasi Android MEGA sebelum ini, dan turut hadir dengan sokongan pembelian dalam aplikasi untuk menaik-taraf saiz ruangan storan kepada saiz yang lebih besar.

Kini, dengan pengenalan kepada platform mudah-alih terkemuka, mungkin kita akan dapat melihat perisian untuk desktop daripada mereka diperkenalkan kepada umum tidak lama lagi.

Muat-Turun MEGA untuk iOS

Nota: