Seed Mail – Klien Emel Untuk iOS Dengan Sokongan Untuk Pelbagai Akaun Emel Utama

Bagi pengguna peranti iOS, terdapat beberapa klien emel yang ditawarkan, termasuk yang popular seperti Mailbox. Namun, Mailbox hanya terhad untuk akaun GMail sahaja buat masa ini. Sebagai alternatif lain, salah satu klien emel terbaru yang hadir adalah Seed Mail.

Seed Mail

Seed Mail ditawarkan secara percuma, dan hadir dengan sokongan untuk pelbagai akaun emel utama, termasuk GMail, Outlook, Yahoo Mail, iCloud, dan juga Exchange Server.

Selain penggunaan emel, ia juga hadir dengan integrasi untuk kalendar dan juga iOS Contacts, untuk memudahkan anda menguruskan emel anda melalui aplikasi yang sama.

Rekaan antaramuka yang digunakan pada Seed Mail juga agak kemas jikalau dibandingkan dengan beberapa klien yang lain.

Bagi anda yang menggunakan peranti iOS, anda mungkin boleh mencuba sendiri Seed Mail ini dengan memuat-turunnya dari Apple AppStore hari ini.

Nota: