Aplikasi IFTTT Dilancarkan Untuk Pengguna Android

Pada tahun lepas, pihak IFTTT telah memperkenalkan aplikasi mereka untuk pengguna iOS, dan hari ini ia turut diperluaskan kepada pengguna Android seluruh dunia. Menariknya, ia dilihat integrasi yang lebih baik berbanding platform iOS sebelum ini.

IFTTT Android

Untuk mereka yang tidak mengenali akan IFTTT (If This Then That), ia merupakan salah satu perkhidmatan popular yang memudahkan pengguna mengautomasikan beberapa perkara.

Menggunakannya pada peranti anda, ia membolehkan anda membuat pelbagai perkara, daripada menetapkan gambar latar mengikut gambar Instagram anda, membuat salinan pendua ke Dropbox, sehinggalah menghantar SMS secara automatik apabila anda meninggalkan sesuatu lokasi (pejabat).

Bagi pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma, dan menyemak senarai perkara yang boleh diautomasikan menggunakan perkhidmatan ini.

Nota: