Tesco Malaysia Memperkenalkan Aplikasi Android – Memudahkan Pembelian Melalui Telefon Dan Tablet

Tesco Malaysia sedia menawarkan sokongan pembelian melalui web sejak beberapa bulan yang lepas. Kini, dalam usaha untuk memudahkan pengguna untuk membuat pembelian melalui kedai mereka, Tesco Malaysia turut melancarkan sebuah aplikasi khusus untuk pengguna Android.

Tesco Malaysia Android

Menggunakan aplikasi berkenaan, pengguna boleh log masuk, dan membuat pembelian terus melaluinya. Selain itu, pada masa yang sama pengguna turut boleh menyemak promosi dan melihat beberapa tawaran menarik daripada Tesco Malaysia pada sesuatu hari.

Apa pun, untuk rujukan, Tesco Online hanya ditawarkan di beberapa kawasan sekitar Malaysia sahaja, termasuk di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, dan juga Johor Bahru.

Nota: