Nokia pada bulan Februari yang lepas telah memperkenalkan aplikasi HERE Maps untuk Windows 8.1, membolehkan pengguna tablet dan komputer Windows memuat-turun dan menggunakannya untuk mencari lokasi dan bernavigasi dari satu tempat ke tempat yang lain.
Ketika pengenalannya, ia hanya ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Kini, selang lebih kurang lima bulan sejak daripada itu, pihak Nokia kini menerbitkan ia kepada semua pengguna seluruh dunia.
Menggunakan aplikasi ini, pengguna turut boleh memuat-turun sesuatu peta untuk digunakan secara offline – lebih kurang seperti pada peranti mudah-alih Nokia. Disamping itu, pihak Nokia turut menawarkan sokongan memilih lokasi secara manual – memandangkan kebanyakkan komputer tidak hadir dengan sokongan GPS terbina.
Nokia HERE Maps turut menyertakan sokongan Explore, membolehkan pengguna melihat lokasi-lokasi menarik disekitar mereka, selain boleh membuat carian terus menggunakannya.
Bagi anda yang menggunakan komputer atau tablet Windows 8.1, anda boleh memuat-turun Nokia HERE Maps secara percuma dan menggunakannya hari ini.