2014 : MY Holidays – Kalendar Cuti-Cuti Umum Di Malaysia Untuk iPhone

Bermulanya tahun baru, semestinya ramai yang ingin membuat perancangan untuk tahun baru ini, berkemungkinan untuk bercuti dan sebagainya. Untuk memudahkan ia, salah satu aplikasi yang memaparkan tarikh-tarikh cuti di Malaysia sepanjang tahun 2014 diterbitkan oleh iReka, dinamakan sebagai 2014 : MY Holidays.

2014 : MY Holidays

Menggunakan aplikasi berkenaan, pengguna boleh melihat bukan sahaja tarikh cuti umum, tetapi turut boleh melihat tarikh cuti sekolah dan sebagainya.

Ketika awal menggunakan aplikasi ini, ia menetapkan lokasi anda kepada Kuala Lumpur, dan memaparkan cuti hanya untuk Kuala Lumpur sahaja. Pengguna boleh mengubahnya, dengan ke halaman tetapan dan memilih lokasi negeri anda.

Bagi pengguna iPhone atau iPod Touch yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma hari ini. Pengguna iPad boleh turut memuat-turunnya, tetapi antaramukanya tidak dioptimasikan untuk iPad buat masa ini.

Nota: