Allow Right-Click Untuk Chrome Membawakan Akses Menu Klik-Kanan Pada Pelbagai Web

Beberapa laman web tidak membenarkan pengguna untuk membuat klik-kanan, dan sesetengahnya – seperti Flickr hadir dengan menu klik-kanan mereka yang tersendiri. Walaubagaimanapun, kini pengguna Chrome boleh memaksa pelayar web memaparkan menu klik-kanan dengan pemalam dinamakan Allow Right-Click.

Allow Right-Click

Menggunakannya, ia menetapkan semula oncontextmenu kepada tetapan asal pada pelbagai elemen di sesuatu web. Ini sekaligus membolehkan pengguna untuk mengakses menu klik-kanan dalam bentuk biasa pada web-web yang diperlukan mereka.

Apa pun, pemalam ini disokong menggunakan iklan yang mana kadang-kala boleh dikatakan agak menganggu sedikit. Pembangunnya menyediakan sebuah pilihan khas pada halaman tetapan pemalam tersebut untuk membolehkan pengguna untuk menghidupkan ataupun mematikan sokongan iklan ini.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Allow Right-Click ini daripada Chrome Web Store hari ini.

Nota: