Aplikasi Desktop MediaFire Kini Membolehkan Muat-Naik Fail Bersaiz Sehingga 20GB

MediaFire sebelum ini sedia menguji perisian desktop mereka untuk pengguna Windows dan Mac dalam bentuk beta. Hari ini, pembangunnya dilihat telah mula memperkenalkan versi stabil pertama yang membawakan beberapa pembaharuan bersama-sama dengannya.

MediaFire Sync

Salah satunya adalah sokongan memuat-naik fail dan dokumen bersaiz sehingga 20GB berbanding sebelum ini yang diterhadkan kepada saiz kecil. Sokongan ini diaktifkan untuk para pengguna percuma dan juga berbayar yang menggunakan perisian desktop berkenaan.

Disamping itu, kini MediaFire turut menyediakan beberapa API yang membolehkan para pembangun mengintegrasikan sokongannya pada aplikasi masing-masing.

MediaFire juga turut dilihat akan memperkenalkan aplikasi untuk iPad dan juga Android tidak lama lagi.

MediaFire iPad

Apa pun, dengan pengenalan ini, ia akan membolehkan pihak MediaFire bersaing dengan lebih sihat dengan penyedia lain, disamping pada masa yang sama memudahkan lagi pengguna untuk menyimpan dan mengakses fail dan dokumen mereka daripada pelayan MediaFire.

Nota: