AIMP & Clementine – Antara Alternatif Menarik Untuk Winamp

Winamp telah mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan penawaran bermula bulan hadapan, sekaligus membuatkan perisian mereka itu tidak lagi menerima sebarang kemaskini untuknya. Jadi, apakah antara perisian alternatif yang menarik untuknya?

Terdapat puluhan perisian pengurusan MP3 yang terdapat di pasaran hari ini, dan bagi kami, antara yang menarik adalah AIMP dan juga Clementine.

AIMP

AIMP Windows

AIMP boleh dikatakan salah satu pemain media mirip Winamp, menawarkan kualiti memainkan audio yang menarik, disamping tidak memakan kuasa pemprosesan yang tinggi.

AIMP turut sama menawarkan sokongan pelbagai jenis format audio, selain pengguna turut sama boleh mengubah paparan pemain auido berkenaan menggunakan skin yang diinginkan. Beberapa pemalam (plugin) turut disediakan untuk AIMP yang membolehkan fungsinya dipertingkatkan dengan mudah.

Clementine

Clementine

Clementine merupakan satu lagi pemain muzik yang menarik, dimana ia mengambil inspirasi daripada Amarok. Berbeza dengan AIMP, Clementine ditawarkan untuk pelbagai platform termasuk Windows, Mac dan juga Linux.

Clementine turut membawakan sokongan untuk mendengar lagu daripada perkhidmatan seperti Spotify, Last.FM, Soundcloud selain turut menawarkan sokongan carian untuk lagu-lagu yang disimpan di Dropbox, Google Drive, Box, Ubuntu One dan sebagainya.

Clementine turut membawakan sokongan memainkan pelbagai jenis format audio, memuat-turun podcast, disamping turut menyediakan aplikasi Android untuk mengawal pemain media berkenaan.

Muat-Turun Clementine
Lain-Lain

Selain kedua-duanya, terdapat beberapa perisian yang menawarkan sokongan serupa. Termasuk antaranya adalah iTunes, Foobar, dan beberapa yang lain. Bagi anda, apakah perisian pengurusan muzik yang digemari oleh anda?

Nota: