OpenEmu Membolehkan Anda Memainkan Permainan Konsol Klasik Di Mac

Beberapa hari sebelum ini, kami pernah kongsikan mengenai permainan konsol klasik di web. Namun, sekiranya anda menggunakan Mac OS X, dan ingin menguruskan permainan konsol klasik dengan lebih baik, mungkin OpenEmu adalah salah satu pilihan menarik.

OpenEmu

OpenEmu berfungsi seperti beberapa perisian emulation yang lain, dimana pengguna boleh memilih konsol yang mereka inginkan, dan seterusnya menambah dan menguruskan permainan (ROM) untuk setiap konsol tersebut.

Cara mengawal juga boleh ditetapkan berdasarkan kepada sesuatu konsol tersebut, memberikan anda kawalan yang selesa dengan cara penggunaan anda. Ia juga menyokong beberapa alat kawalan konsol melalui penggunaan perisian tersebut di Mac.

Bagi anda yang menggunakan Mac OS X, mungkin boleh mencubanya hari ini, serta memuat-turun beberapa ROM permainan yang disediakan di OpenEmu.

Muat-Turun OpenEmu untuk Mac

Nota: