Acer Menamakan Jason Chen Sebagai CEO Baru Mulai 1 Januari

Acer sebelum ini sedia melakukan beberapa perubahan pada bahagian pengurusan syarikat mereka, dan kini telah pun menamakan Jason Chen sebagai CEO baru untuk syarikat perkomputeran terkemuka itu.

Jason Chen sebelum ini adalah VP untuk bahagian pemasaran dan jualan di TSMC (Taiwan Semiconductor Manufacturing Co), dimana ia merupakan salah satu pengeluar cip pemprosesan terkemuka di dunia. Sebelum TSMC, beliau telah bekerja di Intel, dan semestinya tugas beliau di syarikat-syarikat ini akan membolehkan kerjasama erat antara Acer dengan pengeluar cip berhasil.

Pada tahun ini, Acer sedia hadir dengan beberapa produk menarik, termasuk tablet bersai 8-inci pertama berasaskan Windows 8. Namu, dari segi pendapatan, ia kelihatan berkurangan berbanding tahun-tahun sebeum ini.

Apa pun, sama-sama kita lihat perubahan yang bakal dibawakan oleh Acer dibawa pengurusan baru bermula 1 Januari 2014 ini.

Nota: