Acer Liquid Leap – Gelang Tangan Pintar Daripada Acer Akan Datang Pada Bulan Julai

Selain pengumuman beberapa peranti baru, pihak Acer turut berkongsi perancangan mereka untuk peranti boleh-pakai. Dengan ramai yang hadir dengan jam tangan pintar dan gelang tangan pintar tersendiri, ia dilihat pihak Acer turut tidak ingin ketinggalan.

Acer Liquid Leap

Peranti boleh-pakai Acer yang pertama dijangka akan dikenali dengan nama Acer Liquid Leap. Seperti kebanyakkan gelang tangan pintar, ia akan menyokong melihat notifikasi telefon pintar, mengumpulkan data aktiviti seperti gerakan, dan beberapa fungsi yang lain.

Acer mengatakan mereka akan memperkenalkannya secara rasmi sekitar bulan Julai kelak, berkemungkinan bersama-sama dengan telefon pintar baru daripada pihak mereka.

Mungkinkah pihak Acer dapat bersaing dalam arena peranti boleh-pakai ini?

Nota: