NVIDIA Memperkenalkan Cip Pemprosesan Baru – Tegra K1

Mengambil pentas utama di CES hari ini, pihak NVIDIA telah pun memperkenalkan cip pemprosesan generasi baru untuk peranti mudah-alih, dikenali sebagai Tegra K1.

NVIDIA 128-cores

Tegra K1 akan menjadi cip pertama yang membawakan sokongan grafik yang lebih baik melalui penggunaan 192 teras berasaskan kepada architecture Kepler. Cip ini juga hadir dengan sokongan Unreal Engine 4 bersama-sama dengannya, sekaligus membolehkan permainan dengan grafik tinggi dimainkan pada Tegra.

Selain peranti mudah-alih seperti telefon pintar dan juga tablet, cip Tegra K1 ini juga dioptimasikan untuk televisen, konsol permainan, kereta dan sebagainya.

Cip Tegra K1 berbentuk 32-bit ini dijangka akan hadir pada peranti-peranti mudah-alih pada pertengahan pertama tahun 2014 ini, dan versi 64-bit dijangka akan menyusul selepas itu.

Nota: