Kenali Bluefin-21 – Jentera Pengesan Kotak Hitam MH370

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Kenali Bluefin-21 – Jentera Pengesan Kotak Hitam MH370 | Apa itu Bluefin-21? Seperti yang kita sedia maklum, Bluefin-21 ini telah digunakan dalam misi mencari kotak hitam pesawat MH370 yang masih belum diketahui nasibnya. Diantara beberapa produk Bluefin ini, mengapa mesti mereka menggunakan Bluefin-21? Jom kita baca spesifikasi dan keupayaan jentera istimewa ini.

blue Kenali Bluefin 21   Jentera Pengesan Kotak Hitam MH370

Bluefin-21 adalah kenderaan bawah air yang tinggi modular autonomi yang mampu membawa pelbagai sensor dan muatan pada satu-satu masa. Ia memberikan kapasiti tenaga yang lebih tinggi dalam membantu operasi yang panjang walaupun dalam kedalaman lautan yang luas. Bluefin-21 mempunyai kebolehan yang sangat besar namun begitu, ia juga cukup fleksibel untuk beroperasi daripada pelbagai jenis kapal seluruh dunia. Berikut merupakan spesifikasi Bluefin-21 yang utama:-

Modular Bebas Bocor

Rekacipta kenderaan ini termasuklah seksyen muatan yang boleh ditukar dan modul bateri yang boleh dikonfigurasikan untuk misi yang dijalankan. Subsistem juga boleh diakses dengan cepat untuk bertukar haluan dengan pantas ketika dalam misi. Selain itu, kenderaan ini juga membolehkan penyelenggaraan dilakukan ketika sedang bertugas, seterusnya mempercepatkan rentak operasi.

Kuasa Kuda Yang Efisyen

Bluefin-21 adalah jentera yang efisyen, mempunyai kadar autonomous underwater vehicle (AUV) yang mendalam yang berkebolehan melakukan pemerhatian mengikut kehendak yang lazimnya dihasilkan oleh platform yang jauh lebih besar dan rumit. Saiznya yang kecil dan keupayaannya yang boleh dilancarkan dan disimpan semula melalui A-frame yang mudah atau kepala dek kapal telah membuatkan ia mudah digunakan.

blue 2 Kenali Bluefin 21   Jentera Pengesan Kotak Hitam MH370

Navigasi Tepat

Bluefin-21 ini mempraktikkan Indian Naval Ship (INS) bagi menyediakan ketepatan navigasi yang sebaik mungkin. Kiraan ketika enjinnya dimatikan lazimnya adalah kurang daripada 0.1% daripada kejauhan perjalanan, seterusnya, menghasilkan kualiti data yang lebih tinggi. Ultra Short BaseLine (USBL) pula membantu untuk memperbaiki ketepatan navigasi

Boleh Diterbangkan

Jentera ini, baterinya dan alatan sokongan yang lain boleh dibuka dan diasing-asingkan dalam pakej-pakej yang berasingan supaya dapat dibawa dengan mudah sama ada menggunakan laluan darat mahupun udara, menjadikan sistemnya ideal untuk masa-masa kritikal dan untuk operasi yang jauh.

Diharapkan, jentera seberat 750kg ini mampu mengesan kotak hitam pesawat MH370 yang dikhabarkan telah berhenti mengeluarkan bunyi ‘ping‘. Sememangnya kuasa manusia langsung tidak dapat menandingi kuasa Yang Maha Esa, namun kita perlu terus berusaha tanpa berputus asa icon smile Kenali Bluefin 21   Jentera Pengesan Kotak Hitam MH370

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: safecss

Kenali Bluefin-21 – Jentera Pengesan Kotak Hitam MH370
zyra roxx

Nota: