9 Mitos Tentang Introvert Yang Memang Tidak Benar

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

9 Mitos Tentang Para Introvert Yang Memang Tidak Benar | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Korang tau tak apa itu introvert? Introvert adalah sejenis keperibadian seseorang yang mempunyai kecenderungan pilihan bersesuaian dengan diri. Kebiasaannya mereka yang tergolong dalam golongan introvert ini lebih bersikap pasif dan sewaktu dengannya.

Sebenarnya banyak mitos yang dianggap sama sekali tidak benar perlu kita ketahui. Maka kali ini saya akan berkongsi dengan korang semua tentang 9 mitos tentang para introvert yang memang tidak benar.

Introvert: mereka yang mendapat tenaga berpunca dari rangsangan dalaman berbanding rangsangan luaran. Introversi tidak boleh dikelirukan dengan (meskipun kadangkala berlaku pertindihan dengan) perasaan malu atau anti-sosialisme.

Ia adalah dunia ekstrovert, tetapi sebanyak satu pertiga daripada kita merupakan ahli introvert semula jadi, dan dalam sesetengah kes ia merupakan skala gelongsor; di mana kebanyakan orang mempunyai kedua-dua aspek introvert dan extrovert. Tiba masanya untuk kita membongkar beberapa mitos mengenai introvert …Mitos 1. Introvert tidak suka perbualan kecil
perbualan kecil 199x300 9 Mitos Tentang Introvert Yang Memang Tidak BenarSatu interaksi sosial yang sangat membazir kan? Salah – kadangkala ahli introvert suka mencari keselesaan melalui perbualan kecil dalam sesetengah interaksi sosial; interaksi sosial yang bersifat mudah, interaksi bercorak tidak intensif yang tidak memerlukan seseorang itu untuk gigih berfikir dan bercakap pada masa yang sama. Walaubagaimanapun, ada ahli introvert yang memang bencikan perbualan kosong – mereka lebih suka memilih untuk mengadakan perbualan yang lebih bermakna tentang sesuatu yang boleh menarik minat mereka.

Mitos 2. Introvert akan selalu memilih untuk membaca buku daripada keluar bersiar-siar

introvert suka baca buku 235x300 9 Mitos Tentang Introvert Yang Memang Tidak Benar

melekat dengan buku? sah introvert!

Betulkah para introvert memerap sepanjang hari di dalam bilik mereka? Jawapannya, tidak – ianya benar bahawa para introvert memang menyukai aktiviti solo yang dilakukan oleh mereka sendiri, contohnya membaca, tetapi ini sama sekali tidak bermaksud yang mereka tidak suka untuk berada bersama orang lain. Introvert memerlukan masa bersendirian untuk menambah baik semula tenaga serta kekuatan, dan ahli-ahli extrovert membaik pulih tenaga dan kekuatan mereka dengan berada bersama orang lain, tetapi ianya tidak boleh dikekalkan oleh jenis personaliti lain untuk berbuat sedemikian sepanjang masa.

Mitos 4. Introvert adalah golongan pemalu

introvert pemalu 300x240 9 Mitos Tentang Introvert Yang Memang Tidak Benar

bukan semua introvert bersifat pemalu

Sifat pemalu seringkali dikelirukan dengan introversi, di mana kedua-dua aspek ini tidak langsung berkait antara satu sama lain. Ada jugak extrovert dan introvert yang bersifat pemalu, serta ekstrovert dan introvert yang mempunyai tahap keyakinan yang bagus – sifat pemalu merupakan sifat psikologi terpelajar, di mana introversi terjadi secara psikologi semulajadi. Sebagai kesan apabila sifat pemalu dan introversi kadangkala berkait antara satu sama lain, kebanyakan daripada kita beranggapan bahawa semua introvert itu adalah pemalu. Sangat tak sesuai!

Mitos 4. Introvert tidak mungkin boleh berjaya

introvert tidak boleh berjaya 240x300 9 Mitos Tentang Introvert Yang Memang Tidak Benar

Introvert Alfred Hitchcock

Kemahiran sosial yang agak kurang sangat membataskan pergerakan anda bukan? Salah –  pertama sekali, biarpun kemahiran sosial dan introversi sememangnya kelihatan sesuai digandingkan bersama, namun kedua-dua aspek tersebut tidak banyak berkaitan sebenarnya. Kedua, terdapat beberapa orang pereka cipta, para pentadbir dan penggerak perubahan terkenal dunia merupakan ahli-ahli introvert. Introversi sudah tentu mampu menghasilkan sumbangan ke arah kejayaan, kerana seperti yang sedia maklum, mereka ini adalah orang-orang yang sememangnya bekerja lebih cemerlang dalam bidang kajian, pembacaan, perancangan, dan kerja-kerja lain yang memerlukan fokus dan ketenangan. Di sini ada disenaraikan beberapa orang introvert yang berjaya: Albert Einstein, Bill Gates, Rosa Parks, Alfred Hitchcock, JK Rowling, Meryl Streep, Eleanor Roosevelt, Audrey Hepburn.

 

Mitos. Introvert tidak gemar berada dalam kelompok ramai

9 Mitos Introvert Yang Memang Tidak Benar 300x169 9 Mitos Tentang Introvert Yang Memang Tidak Benar

Takut akan majlis keramaian? Satu lagi mitos salah

Introvert tidak cenderung untuk berada dalam sekumpulan besar orang asing di mana mereaka harus berkomunikasi dalam masa yang lama – mereka berfikiran bahawa perkara itu membebankan. Namun, jika mereka diletakkan dalam sekelompok manusia yang mereka kenali di suatu atmosfera yang tidak terlalu tertekan di mana mereka harus tampil ke hadapan untuk bersosial, maka ianya akan menjadi sangat okay bagi mereka.

 

Mitos 6. Introvert sangat tidak sopan

7 300x199 9 Mitos Tentang Introvert Yang Memang Tidak Benar

Introvert mungkin kelihatan sedikit terasing, tetapi sebenarnya mereka cuma sedang berfikir

Sesetengah orang perlu untuk bercakap bagi menzahirkan perasaan mereka, di mana kebanyakan ahli introvert lebih memilih untuk melakukannya secara dalaman. Introvert tidak bercakap atas dasar perlu bercakap semata-mata, dan selalunya mereka ini mudah tersasar dalam fikiran mereka sendiri di mana perkara tersebut menyebabkan mereka kelihatan terasing dan kurang berminat akan sesuatu perkara.

Mitos 7. Introvert sukar untuk berkawan

8 300x300 9 Mitos Tentang Introvert Yang Memang Tidak Benar

Adakan introvert sukar untuk berkawan?

Ianya benar tentan terdapat introvert yang mempunyai tidak lingkaran rakan yang meluas sebagaimana para kebanyakan ahli extrovert miliki, namun itu tidaklah bermaksud introvert langsung tidak pandai berkawan atau bersosial, ataupun mereka tidak mempunyai keinginan untuk berinteraksi sesama sendiri dan berasa sunyi. Introvert seringkali lebih menghargai untuk mewujudkan hubungan persahabatan yang rapat dan lebih bermakna. Mereka merupakan pendengar yang setia dan mampu mengekalkan persahabatan yang kukuh tidak mengira masa.

Mitos 8. Introvert boleh diubah

9 199x300 9 Mitos Tentang Introvert Yang Memang Tidak Benar

Bolehkah introvert diubah?

Berlainan dengan sifat pemalu dan anti-sosialisme yang merupakan ciri-ciri psikologi terpelajar, introversi dianggap sebagai sifat biologikal yang menyebabkannya untuk berkelakuan terlebih sensitif kepada Dopamine (bermaksud yang terlalu banyak rangsangan luaran seperti bersosial membebankan mereka). Anda tidak boleh mengubah introversi seperti mengubah orientasi seksual mahupun warna anak mata anda. Elemen-elemen ini merupakan elemen hakiki. Pada dasarnya, kita tidak perlu untuk ‘mengubah’ intorvert – dunia memerlukan para introvert sebanyak mana dunia ini memerlukan ahli-ahli extrovert.

Mitos 9. Introvert terlampau banyak berfikir

 

10 300x300 9 Mitos Tentang Introvert Yang Memang Tidak Benar

Introvert gemar menghabiskan masa dengan berfikir

Introvert suka menikmati masa-masa bersendirian dengan fikiran-fikiran mereka sendiri; bagi introvert, tidak wujud perkataan seperti ‘terlampau banyak berfikir’ – ini menunjukkan bagaimana mereka sangat menyukai untuk menghasilkan pengalaman mereka sendiri.

Kesimpulannya semua perkara ada baik dan buruknya. Anda seorang introvert? Ayuh buktikan kesemua mitos ini adalah sama sekali tidak benar!

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Address

9 Mitos Tentang Introvert Yang Memang Tidak Benar
Abi Fyka

Nota: