Lelaki Bertatu Harimau Bintang Jual Kulitnya Di e-Bay

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Lelaki Bertatu Harimau Bintang Jual Kulitnya Di e-Bay | Pelukis tatu yang telah menutupi tubuhnya dengan tompokkan harimau bintang, menjual seluruh kulitnya itu di e-Bay dengan harga £75,000 – tetapi pembeli hanya akan mendapat kulitnya itu setelah dia mati kelak.

Artur Mrozowski, 41, menghabiskan masa selama 300 jam untuk mendapatkan tompokkan tersebut di tubuhanya yang dilukiskan oleh isterinya, Monika, di kedai tatu mereka di Blackpool, Lancashire. Tompokkan itu meliputi 90 peratus dari kulitnya, termasuk tangan, kaki, perut dan belakang badan.

tat1 Lelaki Bertatu Harimau Bintang Jual Kulitnya Di e Bay

Mrozowski, yang diahirkan di Warsaw, Poland, berkata dia berharap hasil dari jualan kulitnya itu akan memberikan sebuah permulaan hidup yang baik kepada anak-anaknya. ‘Orang berkata saya gila, tapi kita semua akan mati juga dan ada orang mendermakan organ, ada yang tak buat apa-apa tentang badan mereka. Saya bukan kehilangan apa pun’ kata ayah kepada 4 orang cahaya mata ini. ‘Ya, £75,000 adalah satu jumlah yang besar tapi ia bukanlah apa sangat bagi sesiapa yang sangat kaya. Saya akan berpuas hati dengan jumlah tersebut, tapi tak boleh kurang, sebab ia mengambil masa dan kesakitan yang lama untuk mendapatkan tatu-tatu itu.’ tambahnya lagi.

Mrozowski percaya bahawa penjualan kulitnya itu adalah ‘satu peluang dalam seumur hidup’ untuk bakal pembeli yang berminat. ‘ia adalah sangat berpatutan. Ia harga sebuah kereta, seperti Jaguar,’ katanya. ‘Terdapat banyak kereta Rolls Royces atau Jaguar di luar sana tetapi memiliki sebuah dompet yang diperbuat daripada kulit manusia adalah peluang sekali seumur hidup.’ ‘Kami akan membuat perjanjian supaya kulit saya akan dikurier apabila saya meninggal kelak.’

tat2 Lelaki Bertatu Harimau Bintang Jual Kulitnya Di e Bay

Mrozowski telah mengiklankan kulitnya itu sebagai ‘kulit yang paling licin dan lembut di muka bumi’. Walaupun ‘produk’ jualannya itu unik, Mrozowski hanya mendapat satu bidaan sahaja – sejumlah 99 sen.

Dr Kadaba Vasudev, seorang penasihat patologi yang telah bersara dan pernah berkhidmat di Hospital Victoria Blackpool berkata: ‘Saya tak pernah menjumpai kes seperti ini sepanjang perkhidmatan saya. Apabila seorang pesakit itu mati, kulitnya juga akan turut mati, jadi dari segi perubatan, saya tak rasa ia berguna. Saya tak pernah dengar ia berlaku.’

Iklan Mrozowsi telah melanggar peraturan e-Bay, yang menyatakan bahawa ‘manusia, badan manusia, atau apa-apa anggota tubuh manusia’ tidak boleh dijual di laman tersebut. Jurucakap e-Bay berkata: ‘Penjualan sebarang anggota tubuh manusia di e-Bay tidak dibenarkan sama sekali dan iklan ini akan dikeluarkan dari senarai.’

Manusia makin menjadi pelik-pelik kan? -_-

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: MusicGroup

Lelaki Bertatu Harimau Bintang Jual Kulitnya Di e-Bay
zyra roxx

Nota: