Badak Sumbu Dikawal Ketat Lagak Seorang Taiko Besar

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Badak Sumbu Dikawal Ketat Lagak Seorang Taiko Besar | Sering kali kita menonton filem gangster sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. Apa yang kita perasan “taiko besar” sesebuah kumpulan kongsi gelap akan dikawal rapi oleh anak-anak buahnya. Begitu juga halnya seperti di Afrika dimana beberapa ekor badak sumbu dikawal ketat oleh sepasukan pengawal bersenjata api.

Untung juga nasib spesis badak putih ini kerana kerisauan terhadap kepupusan mereka, maka badak-badak ini dikawal rapi 24 jam. Isu kepupusan badak spesis ini telah mencapai tahap yang membimbangkan kerana dilaporkan bilangan badak ini hanya tinggal kurang daripada 10 ekor sahaja di dunia ini. Sungguh mengejutkan bukan!?

badak putih1 Badak Sumbu Dikawal Ketat Lagak Seorang Taiko Besar

Ancaman utama yang menyumbang kepada kepupusan badak ini adalah aktiviti perburuan oleh manusia-manusia yang tamak dan hanya mementingkan diri. Ancaman ini sangat kepada badak sumbu di mana mereka diburu bagi mendapatkan sumbunya.

Tidak ramai yang tahu betapa seriusnya masalah kepupusan badak putih pada masa kini. Oleh yang demikian, pihak berkuasa mengambil tindakan keras di mana mereka menempatkan pasukan anti pemburu bagi menjaga haiwan tersebut.

<img class="aligncenter size-full wp-image-7975" alt="Badak Sumbu Dikawal Ketat Lagak Seorang Taiko Besar. Terdapat beberapa ekor badak sumbu dikawal ketat oleh sepasukan pengawal bersenjata api.” src=”http://fuh.my/wp-content/uploads/2013/10/badak_putih2.jpg” width=”640″ height=”427″ />

Empat ekor daripada jumlah ini berada di Ol Pejeta Conservancy yang merupakan pusat pemuliharaan haiwan liar di daerah Laikipia, Kenya. Pusat ini juga menjadi tempat perlindungan terbesar bagi badak hitam di Afrika Timur.

Bagi melindungi spesis badak putih yang semakin terancam itu, pasukan anti pemburu ditempatkan untuk berkawal selama 24 jam setiap hari bagi menjaga keselamatan spesis tersebut.

Dengan bilangan yang begitu terhad, diharap agar badak-badak putih ini mampu membiak lagi sekaligus menyelamatkan spesis ini daripada terus hilang dari muka bumi ini.

Kerakusan manusia yang seperti ini sangatlah merugikan pelbagai pihak terutamnya generasi dunia yang akan datang. Kemungkinan, jika pupusnya badak spesis ini, generasi akan datang tidak akan mengenali lagi akan badak sumbu putih. Aktiviti perburuan haram harus disekat sama sekali kerana kesannya cukup besar. – Sumber Asal

If you enjoyed this post, you should read this: People

Badak Sumbu Dikawal Ketat Lagak Seorang Taiko Besar
Dr Fuh

Nota: