Bagi mereka yang mengikuti perkembangan syarikat ICT tempatan, nama syarikat MOL semestinya bukan sesuatu yang baru. Mereka sedia menawarkan platform pembayaran atas-talian di Asia, menawarkan sokongan MOLPoints, disamping turut mengambil-alih Friendster sebelum ini.
Menariknya, syarikat tersebut dilihat akan terus berkembang dengan pesat, dan kini Sultan Johor membeli pegangan sebanyak 15% pada syarikat MOL AccessPortal Sdn Bhd (subsidiari MOL Global) pada harga $120 juta (~RM396 juta).
Pembelian pegangan ini sekaligus menilaikan syarikat MOL pada harga $800 juta (~RM2.644 bilion). Mengikut desas-desus, ia dikatakan MOL sedang melihat untuk menyenaraikan syarikat di NASDAQ tidak lama lagi.
MOL sebelum ini telah mengambil-alih beberapa syarikat yang menawarkan sistem pembayaran atas-talian, sekaligus mempunyai operasi di pelbagai negara seluruh dunia termasuk Indonesia, Filipina, Vietnam dan sebagainya.