Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat Bakal Diadakan Pada Penghujung Minggu Ini

Ilmu adalah salah satu perkara yang tidak kunjung putus. Ada sahaja ilmu baru yang tersedia untuk dipelajari setiap hari. Menyedari hakikat tersebut, Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat yang mula diadakan pada tahun 2012 dibawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi, kini memasuki tahun kedua dibawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan diadakan pada hujung minggu ini, 16-17 November 2013 di Shah Alam Convention Centre.

Buat mereka yang tidak mengetahui akan program Pembelajaran Sepanjang Hayat, terdapat banyak subjek ditawarkan di kolej-kolej komuniti berhampiran. Menariknya kos untuk mempelajari sesuatu perkara di kolej-kolej komuniti ini adalah rendah. Malahan, untuk belajar sesuatu perkara seperti Adobe Photoshop hanya perlu membayar serendah RM5.

Acara ini selain dari mempromosi kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat, ia turut menampilkan lebih ramai artis dan selebriti terkenal tanah air. Pelbagai kaunter informasi serta aktiviti interaktif diadakan pada cara yang berlangsung selama dua hari.

1002022_466686150115532_1723837161_n

Antara personaliti yang akan tampil dan mengadakan kelas adalah:

  • Chef Zubir Masterchef – Demo Masakan
  • Dato’ Fazley – Demo Masakan dan Persembahan Nyanyian
  • Dato’ Maznah – Aktiviti Bersama Ikon
  • Shahri Fuyoo Magic – Persembahan Silap Mata
  • Fizo Omar – Program Kursus Pendek
  • Datin Norjuma – Program Penggayaan Tudung
  • Saiful Nang – Bicara Foto bersama Saiful Nang

Temui mereka serta hadirkan diri anda ke acara ini pada

Lokasi : Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam
Tarikh : 16 – 17 November 2012
Masa : Sabtu: 9 pagi ke 10 malam. Ahad: 9 pagi ke 6 petang

Untuk mengikuti maklumat lanjut, anda boleh mengikuti kemaskini mereka di Facebook rasmi Learning Never Stops, dan juga laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Advertorial daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nota: