Sony Xperia Z3 Tablet Compact Dan Xperia E3 Dilancarkan

Selain mengumumkan dua telefon pintar kelas tinggi Z3 dan Z3 Compact, Sony turut memperlihatkan tablet mini Xperia Z3 Tablet Compact dan telefon pintar kelas permulaan Xperia E3.  Tablet Xperia Z3 ini dikatakan adalah tablet mini paling nipis di pasaran dengan ketebalan hanya 6.4 mm. Ini adalah setanding dengan Z2 Tablet yang diperlihatkan Febuari lalu. Dari segi spesifikasi ia diperkasakan pemproses 2.5 GHz empat teras Snapdragon 801, 3 Gigabye RAM dan muatan dalaman sebesar  16 Gigabyte. Berbeza dengan Xperia Z3 dan Z3 compact, tablet ini tidak mempunyai panel belakang yang diperbuat daripada kaca. Sebaliknya panel belakang diperbuat daripada plastik. Kamera utama adalah sebesar 8.1 Megapixel dan kamera hadapan pula ialah 2.2 Megapixel. Hanya rakaman pada resolusi HD Penuh disokong dan bukannya 4K. Skrin 8″ HD Penuh Z3 Tablet Compact adalah dari keluarga Triluminos dengan resolusi HD Penuh. Bateri pula ialah sebesar 4100 mAh.  Seperti Z3 dan Z3 Compact, tablet ini menyokong fungsi Remote Play PlayStation 4. Malahan terdapat aksesori khas yang menyambungkan tablet ini kepada DualShock 4.

xperia-z3-tablet-compact-gallery-04-1240x840-5053aecc902fcbedcf1ee33f67a3e9e1

xperia-z3-tablet-compact-gallery-02-1240x840-dc6117602c86c341c443b366101a4dd3

Xperia E3 pula ialah telefon pintar dengan skrin 4.6″ dengan resolusi 480P. Ianya peranti kelas permulaam yang diperkasakan pemproses  1.2 GHz empat teras Snapdragon 400, 1 Gigabyte RAM dan memori dalaman sebesar 4 Gigabyte. Ia menyokong penambahan memori dalaman sehingga 32 Gigabyte. Kamera utama adalah sebesar 5 Megapixel dan kamera hadapan pula adalah VGA 0.3 Megapixel. Sungguhpun mempunyai saiz kamera yang kecil, E3 mampu mengambil video pada resolusi HD Penuh. Saiz bateri pula ialah 2330 mAh. Berbeza dengan Z3, Z3 Compact dan Z3 Compact Tablet, E3 tidak kalis debu dan air. Ianya juga tidak menyokong fungsi Remote Play PlayStation 4. Kedua-dua Xperia Z3 Compact Tablet dan E3 akan memasuki pasaran musim luruh ini. Masih tiada maklumat harga buat masa ini. Sila nantikan pandang pertama dan ulasan kedua-dua peranti terkini ini di laman kami dalam masa terdekat.

xperia-e3-black-1240x840-fd9e974983648bed12b9174ff9b74a2c

xperia-e3-gallery-02-1240x840-c0530eabf71b4770cf8559f3939c65a6

Nota: