HTC Desire 820 Diperkenalkan – Telefon Selfie Daripada HTC Dengan Rekaan Nipis

HTC hari ini bersempena dengan IFA 2014, mereka telah memperkenalkan satu lagi peranti baru dibawah keluarga HTC Desire 8, iaitu HTC Desire 820.

Pihak HTC memfokuskan kepada rekabentuk yang ikonik dengan keluarga peranti HTC, tetapi pada masa yang sama membawakan beberapa perubahan menarik. Ia kini lebih nipis dan ringan, serta menyertakan sebuah lajur pada bahagian tepi untuk membawakan – menjadikan ia sedikit berbeza dengan peranti HTC Desire 816.

HTC Desire 820

HTC Desire 820

HTC Desire 820

Peranti ini turut dilihat memfokuskan kepada sokongan selfie, dimana pihak HTC menyertakan beberapa fungsi khusus bersama-sama dengannya dari segi perisian, termasuk kebolehan membuat gambar kolaj, ataupun mengabungkan dua gambar wajah menjadi satu.

HTC Desire 820

HTC Desire 820

HTC Desire 820

HTC Desire 820

HTC Desire 820

HTC Desire 820

HTC Desire 820

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin bersaiz 5.5inci, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon lapan-teras 64-bit, hadir dengan sokongan LTE, kamera belakang 13-megapixel, serta dilengkapi dengan pelbagai sokongan HTC seperti Sense dan juga BoomSound. Ia turut menyertakan sokongan dwi SIM, dimana ia menggunakan saiz nanoSIM untuk kedua-duanya. HTC Desire 820 turut dilengkapi dengan ruangan storan 16GB, memori 2GB Ram, dan bateri berkapasiti 2600mAH

HTC Desire 820

HTC Desire 820

HTC Desire 820

HTC Desire 820

HTC Desire 820 akan dipasarkan bermula bulan September ini. Sokongan Dot View Case juga akan hadir bersama-sama peranti HTC Desire 820 ini.

HTC Desire 820

Nota: