Nokia kini menguruskan beberapa perkara, dan salah satu jenama yang masih dibawah mereka adalah perkhidmatan pemetaan HERE. Terkini, Nokia melalui akaun Twitter @HERE memperlihatkan yang mana mereka akan membawakan sokongan HERE Maps untuk Gear tidak lama lagi.
Nokia hanya sekadar mengatakan pengumuman lanjut berkenaan dengannya akan hadir esok – tanpa sebarang maklumat lanjut berkaitan dengannya.
Jadi, mungkinkah kita akan melihat pihak Samsung menerbitkan aplikasi Here untuk Gear yang menggunakan platform Tizen esok?