9 Program MaGIC Dianjurkan Sepanjang Bulan Ini

Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) telah mengadakan sesi perkongsian info menjelang pelancarannya secara rasmi pada akhir bulan ini. Program MaGIC yang diumumkan pada tahun lepas, akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Mei hadapan dan bakal menawarkan khidmat sokongan termasuklah kemudahan fasiliti, latihan, seminar berkaitan, khidmat guaman, dan banyak lagi khusus untuk usahawan tempatan dan antarabangsa yang bergiat didalam industri teknologi dan kreatif.

Turut sama diumumkan semasa sesi perkongsian ini adalah pengumuman 9 projek yang akan dilaksanakan sepanjang bulan ini untuk mempromosikan MaGIC sekaligus meraikan perasmiannya yang dijadualkan pada akhir April ini.

1. MaGIC Fun Ride – Cyberview

PROMO POSTER MaGIC Ride-01

Pada 26 April ini, acara berbasikal sejauh 10KM ini akan bermula dan berakhir di kompleks bangunan MaGIC di Cyberjaya. Acara ini terbuka kepada semua serta penduduk disekitar Cyberjaya dan diadakan untuk mempromosi gaya hidup sihat dikalangan penggiat industri IT dan teknologi. Terdapat cabutan bertuah bernilai RM 2,000 ditawarkan pada aktiviti ini.

2. MaGIC Jr Pitch – Ideas

magicpitch

Program yang dikhususkan untuk pelajar sekolah menengah ini akan menyediakan mereka dengan pengetahuan bisnes dan juga kemahiran teknikal. Mereka perlu memuat-naik video pitch perkongsian bisnes idea mereka ke portal video yang disediakan dan 20 idea terbaik akan dipilih untuk menghadiri sesi persediaan untuk mencari dana melalui platform pengumpulan dana terbuka PitchIN. Pitch terbaik akan memenangi RM2,000 manakala pasukan yang memperoleh sumber dana terbuka terbanyak akan mendapat tambahan dana dari MaGIC sebanyak RM5,000.

3. Halal Tech Challenge – Hijab2Go

Google Chrome copy

Sekiranya anda usahawan yang bergiat dalam industri yang memfokuskan kepada barangan patuh syariah serta halal, program ini menawarkan seminar E-Commerce percuma dan menawarkan hadiah sehingga RM15,000. Meskipun pendaftaran telah ditutup, buat mereka yang berminat masih boleh menghubungi mereka secara terus untuk menyertainya.

4. Makeweekend – Kakiseni

makeweekend

Sekiranya anda seorang yang minat dengan teknologi berasaskan robotik atau mencari cabaran yang lebih hebat, Kakiseni mengadakan tiga sesi Makeweekend. Terdapat dua lagi sesi Makeweekend yang akan dijalankan iaitu pada 19-20 April di Pulau Pinang (Makeweekend Robotik) dan Kuala Lumpur (Makeweekend Impact).

5. Accelerace – Scope

b7ca80_305e0c12c7eb4064a70358f730c2379f.png_srz_p_662_163_75_22_0.50_1.20_0

Aktiviti yang akan berlangsung pada 26 April ini akan mencabar peserta berpasukan selama 6 jam untuk menyelesaikan cabaran bisnes dan mereka perlu mendokumentasikan kesemuanya didalam video. 3 pasukan terbaik akan memenangi hadiah berjumlah RM18,000 serta pakej khidmat nasihat bernilai RM8,000.

6. MaGIC PitchIN Challenge – Pitchin

magicpitchin

Cabaran MaGIC PitchIN yang kami siarkan baru-baru ini juga merupakan salah satu inisiatif sepanjang bulan April ini. Program yang mempromosikan pengumpulan dana terbuka ini mencari 20 idea menarik dan akan membantu mereka untuk melakukan pitch yang berkesan. 2 idea yang mendapat dana umum terbanyak akan turut memperoleh tambahan RM25,000.

7. Mega Startup Weekend – Startup Malaysia

MSW_logo-01

StartupMalaysia yang juga merupakan tonggak utama dalam acara Global Entrepreneurship Summit tahun lepas turut hadir dengan acara yang menggabungkan tiga industri- Pendidikan, Permainan dan E-Commernce. Mereka menyasarkan 300 usahawan tempatan dan akan membawakan 20 mentor dari seantero dunia. Acara yang akan berlangsung pada 24-26 April ini masih mencari peserta.

8. BOD Online Reality Challenge – Locomo

Locomo hadir dengan aktiviti menampilkan 12 usahawan dan setiap dari mereka bakal mempunyai 10 orang lembaga pengarah (BOD: Board of Directors) melalui portal pengumpulan dana terbuka Pozible. Pemenang akan menerima USD 17,000 dan juga akan menyertai program pembangunan ushawan kelolaan Locomo. Kemaskini pertandingan ini boleh dilihat secara berterusan melalui laman Facebook mereka dan juga melalui akaun Twitter @bodchallenge

eia

9. Enterprise Ignite Accelerator – 1337 Accelerator

1337 Accelerator yang aktif dengan program startup mereka turut hadir dengan menyediakan program kolaborasi selama 3 bulan. Mereka akan memilih startup yang layak dan membantu mereka untuk bekerjasama dengan syarikat berhubungkait kerajaan (GLC) dalam mencipta dan membangunkan produk dan perkhidmatan, termasuklah membantu strategi pemasaran mereka.

Dengan kesembilan projek ini, semestinya bulan ini merupakan bulan yang meriah untuk penggiat startup dan kami berharap ramai diantara pembaca mahupun rakyat umum menyertai acara yang disediakan ini.

Nota: