10 Peristiwa Tidak Akan Dilupakan Semasa Terbuka Perancis

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

10 Peristiwa Tidak Akan Dilupakan Semasa Terbuka PerancisTerbuka Perancis sentiasa menjadi salah satu kejohanan yang paling sukar dan paling menarik dalam dunia tenis. Terdapat beberapa peristiwa dapat kita saksikan semasa Terbuka Perancis yang tidak akan dilupakan selama-lamanya. Setiap tahun, pemain datang ke gelanggang dengan impian dan kerja keras tetapi malangnya hanya seorang yang berjaya memenangi trofi.

Di bawah adalah senarai 10 peristiwa semasa Terbuka Perancis yang mungkin tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

1. Li Na, Pemain Cina Pertama Memenangi Grand Slam

li na terbuka perancis 300x180 10 Peristiwa Tidak Akan Dilupakan Semasa Terbuka Perancis

Dunia dikatakan berubah apabila Li Na menewaskan Francesca Schiavone untuk menjadi pemain pertama dari China yang memenangi Grand Slam. Sepanjang kejohanan, Li Na sentiasa mendominasi gelanggang dan kesilapan beliau dikatakan menghampiri sifar.

2. Serena Williams Kalah Dalam Pusingan Pertama

serena williams terbuka perancis 300x168 10 Peristiwa Tidak Akan Dilupakan Semasa Terbuka Perancis

Sejarah dirakamkan apabila Serena Williams kalah dalam Pusingan Pertama Terbuka Perancis 2012. Permainan ini adalah sangat menarik dan mendebarkan secara keseluruhan. Virginie Razzano dihalang oleh Williams tujuh kali sebelum dia benar-benar memenangi perlawanan.

Penyanyi Norsheila Amin Melecur Teruk Disambar Api

3. Adine Masson Pemenang Wanita Pertama

Adine masson terbuka perancis 10 Peristiwa Tidak Akan Dilupakan Semasa Terbuka Perancis

Pada tahun 1891, Terbuka Perancis telah diperkenalkan kepada dunia hanya untuk lelaki. Selepas 6 tahun, Terbuka Perancis Wanita telah diperkenalkan dan wanita pertama yang pernah memenanginya ialah Adine Masson. Beliau memenangi gelaran tersebut selama 3 tahun.

4. Clijsters / Capriati Final Pada Tahun 2001

Jennifer Capriati terbuka perancis 289x300 10 Peristiwa Tidak Akan Dilupakan Semasa Terbuka Perancis

Jennifer Capriati akhirnya berpeluang untuk memenuhi impian beliau dengan memenangi Terbuka Perancis pada tahun 2001 hanya jika beliau mengalahkan Kim Clijsters. 2 set pertama telah dimenangi oleh salah seorang daripada mereka untuk setiap set sebelum set terakhir bermula. Capriati berjaya memenangi set penentuan dengan 12-10. Kebahagiaan yang terpancar memberitahu semua orang betapa dia bekerja keras untuk mendapatkan kejayaan itu.

5. Nadal Mengalahkan Pemain Tenis Nombor Satu, Federer

rafael nadal terbuka perancis 10 Peristiwa Tidak Akan Dilupakan Semasa Terbuka Perancis

Seorang pemain tenis yang hanya berusia 19 tahun menewaskan Federer yang merupakan pemain nombor satu dunia pada masa itu. Nadal, seorang pemain tenis yang kidal telah menewaskan Federer, 6-3, 4-6, 6-4, 6-3 dalam perlawanan akhir Terbuka Perancis yang menakjubkan. Peristiwa ini masih diingati hingga ke hari kerana pada hari itu, pemain tenis nombor satu dunia yang baru telah muncul.

6. Rambut Palsu Andre Agassi

andre agassi terbuka perancis 300x199 10 Peristiwa Tidak Akan Dilupakan Semasa Terbuka Perancis

Aggasi adalah lebih prihatin tentang rambut palsunya daripada menewaskan lawan untuk memenangi Terbuka Perancis yang pertama pada tahun 1990. Aggasi memberitahu dalam autobiografi beliau, “Dengan setiap lompatan, saya bayangkan ia jatuh ke dalam pasir. Bayangkan, berjuta-juta penonton bergerak lebih dekat kepada set TV mereka, meluaskan mata, dan bertanya bagaimana rambut Andre Agassi telah jatuh dari kepalanya dalam berpuluh-puluh dialek dan bahasa”.

7. Seles / Graf Final pada tahun 1990

monica seles terbuka perancis 300x168 10 Peristiwa Tidak Akan Dilupakan Semasa Terbuka Perancis

Monica Seles menjadi pemain Perancis wanita termuda yang memenangi Terbuka Perancis. Seles menewaskan Graf 6-2, 3-6, 10-8 dalam perlawanan yang sukar. Graf berjaya menyelamatkan lima mata sebelum Seles akhirnya menewaskannya.

Kisah Benar Sebelum Amin, Ketua Kumpulan Al-Maunah ke Tali Gantung

8. Kekecewaan Martina Hingis ‘

martina hingis terbuka perancis 300x120 10 Peristiwa Tidak Akan Dilupakan Semasa Terbuka Perancis

Pada tahun 1999, Hingis kalah kepada Graf pada perlawanan akhir Terbuka Perancis dengan mata 6-4, 5-7, 2-6. Hingis terus mempertikaikan keseluruhan perlawanan, tetapi tidak ada seorang pun mempedulikannya. Selepas kalah, Hingis meninggalkan gelanggang dan tidak kembali sebelum ibunya memujuknya untuk mengambil trofi naib juara.

9. Soderling Mengalahkan Nadal

nadal soderling terbuka perancis 300x173 10 Peristiwa Tidak Akan Dilupakan Semasa Terbuka Perancis

Soderling mengalahkan Nadal yang hebat dalam pusingan keempat Terbuka Perancis pada tahun 2009. Ia adalah kekalahan pertama Nadal di Terbuka Perancis di mana beliau merupakan seorng juara bertahan. Soderling malangnya telah kalah kepada Federer pada perlawanan akhir.

10. Henin Menang Walaupun Menghadapi Dugaan

henin terbuka perancis 10 Peristiwa Tidak Akan Dilupakan Semasa Terbuka Perancis

Disebabkan masalah perkahwinannya, Henin ditarik keluar dari Terbuka Australia. Sekembalinya beliau, Henin memenangi Terbuka Perancis pada tahun 2007. Beliau menewaskan Ana Ivanovic yang bermain untuk Grand Slam akhir buat pertama kali dengan pungutan mata  6-1, 6-2.

SUMBER

If you enjoyed this post, you should read this: Artikel

10 Peristiwa Tidak Akan Dilupakan Semasa Terbuka Perancis
muja

Nota: