Kota Mekah Dilaporkan Banjir?

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Kota Mekah Dilaporkan Banjir? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Tadi Dr Fuh terbaca satu artikel mengatakan bahawa Kota Mekah telah dilanda banjir yang agak besar.

Sebenarnya abang kepada Dr Fuh sendiri baru sahaja pulang dari mengerjakan Umrah disana, tapi takde pulak dengar khabar dari beliau mengatakan di sana hujan lebat. Mungkin baru 2-3 hari ni kot dilanda hujan. Ikuti laporan penuh yang dipetik dari laman berita Sinar Harian.

Berpuluh-puluh kenderaan dan banyak kediaman serta premis perniagaan di kota Mekah didakwa rosak teruk selepas bandar suci umat Islam itu dilanda hujan lebat selama dua jam pada lewat malam semalam dan ia hampir melumpuhkan sistem pengangkutan di barat Arab Saudi.

Menurut portal berita Sabq, bencana alam pada lewat malam semalam itu turut menenggelamkan beberapa laluan utama ke bandar tersebut dan menyebabkan kerosakan teruk harta benda yang belum dinilai kerugiannya.

Beberapa keping gambar turut dimuat naik dalam portal tersebut menunjukkan beberapa buah kenderaan dihanyutkan air deras dan berlanggaran antara satu sama lain.

banjir mekah Kota Mekah Dilaporkan Banjir?

Turut kelihatan kelibat beberapa orang penduduk Makkah yang bertempiaran menyelamatkan diri daripada dihanyutkan arus deras ketika cuba mengalihkan kenderaan mereka.

Namun kesahihan sumber ini tidak dapat pastikan apabila media perdana arus negara itu tidak melaporkan kejadian bencana alam itu. – SH

Dr Fuh – Sama-sama kita doakan agar tiada kemalangan jiwa berlaku dan semuanya selamat di sana.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Event

Kota Mekah Dilaporkan Banjir?
Dr Fuh

Nota: