Acer Malaysia terus menambah penawaran tablet mereka di Malaysia, dimana terkini mereka mengumumkan penawaran Acer Iconia Tab 7 untuk pasaran Malaysia, dan dijual pada harga RM499.
Acer Malaysia hari ini telah menambah penawaran peranti mereka untuk pasaran Malaysia, dimana telefon Android terbaru daripada mereka – Acer Liquid E3 telah mula dijual di Malaysia pada harga RM799.
Selain daripada Acer Aspire Switch 10, pihak Acer turut hadir dengan dua tablet baru untuk pasaran tempatan, iaitu tablet Iconia One 7 dan juga Iconia A1-830. Kedua-duanya menggunakan sistem operasi Android, dan dilengkapi cip Intel Atom.
Acer Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan peranti dua-dalam-satu mereka yang terbaru, iaitu Aspire Switch 10. Peranti yang boleh diubah daripada komputer riba kepada tablet ini dijual pada harga RM1399 di Malaysia.
Acer, pada penghujung April yang lepas telah memperkenalkan salah satu peranti hibrid mereka yang baru dinamakans sebagai Aspire Switch 10. Kini, peranti tersebut dilihat akan memasuki pasaran Malaysia, dimana Acer Malaysia menjadualkan sebuah acara khusus untuknya pada 18 Jun ini.
Pada bulan September yang lepas, pihak Acer telah memperkenalkan salah satu telefon pintar baru mereka, dinamakan sebagai Acer Liquid S2. Kini, ia dilihat telefon tersebut telah pun mula ditawarkan untuk pasaran tempatan.
Acer sedia mempunyai beberapa telefon pintar dengan spesifikasi asas dan pertengahan. Salah satu telefon pintar popular mereka pada tahun lepas adalah Acer Liquid Z3, dan tahun ini Acer turut hadir dengan kemaskini versi untuk telefon pintar berkenaan – dinamakan Liquid Z3s.
Acer Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan Acer Liquid Z3S untuk pasaran tempatan, sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna dalam mendapatkan peranti pintar pada harga mampu.
Acer sedia menjadi yang pertama dalam memperkenalkan tablet Windows 8 bersaiz 8-inci. Selepas memperkenalkan Iconia W3 beberapa bulan yang lepas, kini pihak Acer hadir dengan Iconia W4 yang menyertakan beberapa kemaskini pada tablet bersaiz 8-inci berkenaan.
Selepas menawarkan secara eksklusif bersama-sama pihak Lazada selama dua minggu, hari ini pihak Acer Malaysia telah pun melancarkan peranti mereka secara rasminya, dan berkongsi ia akan ditawarkan melalui pengedar rasmi bermula 1 November kelak.
Selepas menawarkan secara eksklusif bersama-sama pihak Lazada selama dua minggu, hari ini pihak Acer Malaysia telah pun melancarkan peranti mereka secara rasminya, dan berkongsi ia akan ditawarkan melalui pengedar rasmi bermula 1 November kelak.