Purple : Loket Pintar Dengan Skrin Sesentuh

Klise filem barat yang sering kami lihat ialah menyimpan gambar orang yang tersayang di dalam loket. Apabila berlaku kematian si mati menggenggam loket berisi gambar orang yang dicintai. Gambar di dalam loket pula kusam dan tidak berwarna. Kini kita sudah hidup di abad ke-21 dan loket yang memaparkan hanya sebuah gambar tidak lagi kongruen dengan kehendak semasa. Purple ialah loket pintar yang bukan sahaja boleh memaparkan lebih dari sekeping gambar, malah mempunyai skrin sesentuhnya sendiri. Loket pintar ini ialah rekaan Artefact Group yang mahu melihat objek lama apakah yang boleh dimodenkan mengikut keperluan masa kini. Gambar yang dipaparkan boleh ditukar dengan melakukan tatalan. Gambar yang boleh disimpan di dalamnya pula dikawal dengan menggunakan aplikasi telefon pintar. Sebuah lagi aksesori tidak pintar dipintarkan. Cermin mata,topi, gelang, cincin, jam tangan dan loket kini sudah pintar. Seluar dalam dan baju pintar juga sudah dicipta. Apakah benda yang dipakai oleh manusia seharian yang bakal dipintarkan?

5-artefact-purple-smart-locket

2-artefact-purple-smart-locket

 

 

Nota: