Bagaimana menjadi kaya mengikut Dr Shah Razali

Tulisan ini memaparkan bagaimana anda berpeluang meraih kekayaan atau kebebasan kewangan dengan memenuhi beberapa syarat tertentu.

Memang hampir semua orang mahu menjadi kaya, malah berstatus jutawan. Namun, hanya segelintir memenuhi syarat untuk menjadi kaya dan jutawan.

Menurut perunding hartanah dan pelaburan popular, Dr Wan Shah Razali, satu daripada syarat yang gagal dipenuhi ialah kesanggupan untuk melabur dalam ilmu.

“Ilmu menjadi faktor utama kenapa adanya orang yang berjaya dan adanya orang yang gagal dan bukannya nasib,” tegas beliau dalam wawancara online dengan inimajalah.com.my, semalam.

Dr Wan Shah yang bekelulusan doktor falsafah dalam pengurusan perniagaan adalah pemilik scon.my.kaya

Beliau banyak terbabit mengendalikan bengkel dan seminar hartanah serta pelaburan. Maklumat lain mengenainya boleh diikuti di facebook.com/DrShahFan, thrillerhartanah.com, myshahcapital.com dan workshophartanah.com.

Menurut beliau, mindset seseorang juga menjadi penghalang untuk berjaya.

“Mereka tidak faham dengan apa yang mereka lakukan. Mereka tidak bekerja untuk masa depan mereka, tetapi mereka bekerja untuk duit semata-mata.” katanya.

Sebaliknya, kata beliau, orang yang berjaya, termasuk menjadi kaya dan jutawan, adalah mereka yang memiliki matlamat jelas untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Mereka ini juga, katanya, mengamalkan prinsip ’40 plus’, iaitu bekerja lebih daripada 40 jam seminggu, malah kebanyakan jutawan yang menjadi kaya hasil usaha sendiri, bukan harta warisan, bekerja 72 jam seminggu yang individu biasa tidak dapat lakukannya.

“Mereka buat apa yang mereka mahir dan minat. Ini akan menjadi ‘booster’ untuk mereka mengekalkan kualiti dan motivasi terhadap usaha mereka.

“Mereka membina daripada perkara kecil. Misal kata, mereka ingin membuka sebuah restoran. Malangnya mereka kekurangan modal. Mereka akan mulakannya dengan menjual makanan seperti di pasar malam untuk mencari modal di samping membina sokongan terhadap produk mereka.

“Ini akan menjadikan mereka menuju kepada kekayaan atau tahap jutawan dengan lebih cepat,” katanya.

Mereka yang berjaya ini juga, menurutnya, memiliki kepercayaan kepada diri sendiri dan percaya kepada Tuhan yang tinggi.

Pokoknya, bagaimana anda berpeluang meraih kekayaan atau kebebasan kewangan ditentukan oleh beberapa syarat yang mesti dipenuhi terlebih dahulu. – inimajalah.com

Nota: