ZTE Memperlihatkan Konsep Telefon Modular Mereka Di CES 2014

Sejak dipopularkan oleh Phonebloks, beberapa pengeluar peranti dilihat telah mula memberi perhatian kepada telefon berbentuk modular. Terkini, selain Motorola dan juga Xiaomi, pihak ZTE turut dilihat menyertai perlumbaan tersebut.

ZTE ECO Mobius

Pada CES 2014 yang diadakan minggu ini, pihak ZTE dilihat telah berkongsi mempertontonkan telefon modular mereka kepada umum.

Bagi yang tidak mengenali akan telefon modular, ia membolehkan pengguna untuk mengubah komponen yang diingini dengan mudah tanpa perlu mengubah keseluruhan peranti. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menaik-taraf kamera, anda hanya perlu mengubah modul kamera sahaja dan bukannya keseluruhan peranti.

ZTE ECO Mobius

ZTE ECO Mobius

Perkara ini dijangka akan mengurangkan pembaziran komponen elektronik seluruh dunia, sekaligus menjadikan ia lebih mesra alam.

Daripada peranti konsep modular yang diperlihatkan ZTE, ia kelihatan membawakan rekaan yang agak menarik berbanding konsep yang pernah ditunjukkan Motorola.

Seperti biasa, ia hanya sekadar konsep sahaja buat masa ini, dan tiada sebarang tarikh dikongsikan berkenaan bilakah ia bakal direalisasikan.

Nota: