ZTE Malaysia sebelum ini telah berhasrat memperkenalkan ZTE Axon 7 di Malaysia pada bulan Ogos. Namun, disebabkan beberapa perkara, ia telah ditangguhkan dan kini pihak ZTE Malaysia mengesahkan mereka akan memperkenalkannya pada 1 September 2016 kelak.
ZTE Axon 7 merupakan telefon flagship terkini daripada ZTE, menawarkan spesifikasi yang tinggi – iaitu dilengkapi dengan Snapdragon 820. Selain daripada itu, peranti ini juga menggunakan kamera 20-megapixel dengan penstabilan imej optikal, dan turut memfokuskan sokongan audio melalui Dolby ATMOS & Dolby Digital Dual Surround Speaker.
ZTE dijangka akan membuat pengumuman berkaitan harga jualan dan tarikh jualannya di Malaysia pada tarikh berkenaan.
Widget not in any sidebars