ZOTAC Melancarkan Kad Grafik ZOTAC GeForce GTX 1080 Ti Mini – Hadir Dengan Harga RM3469

ZOTAC nampaknya agak sibuk dengan kad grafik pelbagai jenis dan saiz, dan nampaknya kad grafik terbaru oleh mereka kini ialah variasi kad NVIDIA GeForce GTX 1080 Ti yang bersaiz kecil, iaitu ZOTAC GeForce GTX 1080 Ti Mini.

Jika anda ingat, kami pernah menulis tentang ZOTAC GeForce GTX 1080 Ti Arctic Mini, dan ini adalah kad grafik yang mempunyai saiz yang sama, tetapi disejukkan menggunakan kipas penyejuk GPU IceStorm, dan tidak perlu menggunakan sistem penyejuk cecair yang khusus.

Kad grafik ini hanyalah sepanjang 211mm dan hadir dengan semua komponen-komponen yang hadir pada kad grafik bersaiz penuh yang biasa. Ini termasuklah GPU dengan kelajuan Boost Clock 1620MHz, dan memori GDDR5 11GB.

Kad grafik ini digerakkan melalui dua palam 8-pin PCIe, dan seperti dikatakan sebelum ini, bahagian GPU disejukkan oleh dua kipas IceStorm, bersama-sama dengan lima paip haba tembaga bersaiz 6mm.

Kad grafik ini akan hadir di pasaran Malaysia pada penghujung bulan Jun kelak untuk harga RM3469,

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: