YouTube Dilaporkan Akan Membawakan Sokongan Langganan Dengan Kebolehan Memainkan Secara Offline

Desas-desus mengenai sokongan langganan muzik daripada YouTube telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini, dan kini beberapa maklumat baru hadir, termasuk namanya yang mana mungkin dikenali sebagai YouTube Music Key.

YouTube Music Key

YouTube Music Key dijangka akan menawarkan langganan muzik, dimana menggunakannya pengguna boleh memainkan muzik tanpa sebarang iklan, disamping membolehkan ia didengar sebagai latar (dengan skrin tertutup), termasuk sokongan memainkan lagu secara offline.

Google dikatakan telah menyediakan sebanyak lebih 20 juta lagu berkualiti tinggi pada perkhidmatan tersebut, dan dijangka akan menawarkan ia sebagai percubaan percuma selama 30 hari, sebelum mengenakan caj sebanyak $9.99/sebulan.

YouTube Music Key

Sebagai nilai tambahan, pengguna juga dikatakan boleh mengakses kepada beberapa video eksklusif, termasuk video konsert, remix dan sebagainya.

Pengenalan fungsi ini akan membawa YouTube selangkah ke hadapan, selain memudahkan lagi penerbit muzik menghasilkan duit melaluinya.

Apa pun, buat masa pengenalan ia mungkin terhad kepada beberapa negara sahaja. Bercakap mengenai perkhidmatan muzik dari Google, sehingga hari ini sokongan Play Music All Access masih belum diperkenalkan secara rasmi untuk pengguna tempatan.

Nota: